Archive | KIDS RSS feed for this section

HOUSE OF STEAMBOAT & BBQ

5 Jul

Assalamualaikum…

Hari baru. Cerita baru. Cerita best ke? Tak adalah best mana pun. Adalah sikit modal nak bercerita ni. 😀

Pagi ni bersarapan bersama Mr. Hubby dan Nur. T makan Roti Canai Sardin dan Teh Tarik di Taliban. Kedai makan berdekatan rumah.

Nur dah okey sikit hari ini. Alhamdulillah.

Tadi kawan T datang rumah. Dia pulangkan buku ni. Dia tak tahu T mengandung coz dah lama tak bukak FB. T pun tak pulak bagitahu dia tentang kehamilan T ini. Patutlah T cari manalah buku-buku ni pergi selama ni. T pinjamkan kepadanya 5 tahun lepas. Dan hari ni nasib baik dia pulangkan. Bolehlah T baca balik. Macam tahu-tahu saja T perlukan buku-buku ini. Hehe… Nama anak-anak T, T cari melalui buku ini. Nama Muhammad Adib Aqil bermaksud Muhammad : Nama Nabi Junjungan kita, Yang Terpuji, Adib : Pujangga; beradab, Aqil : Bijaksana; pandai; terpelajar. Nur Nisriina Huwaidah pula membawa maksud Nur :  Cahaya, Nisriina : Bunga Mawar Putih Huwaidah : Tenang; kasih-sayang. Hem… Apa nama nak diberikan kepada anak T yang sedang T kandung ni ye? Nanti kita cari ye? 😀 Korang nak suggest pun buleh. Tak de hal. Bagi maksudnya sekali. Terima Kasih!

Hi Auntie, Uncle. Kami dah get ready nak keluar for dinner ni! Nur dah okey sikit hari ni. Alhamdulillah Syukur Ya Allah! Susah hati tengok anak dok sakit. Kesian.

Hari ini try makan di tempat baru. Restoran Makan-Makan. House of Steamboat & BBQ. Kedai kawan Mr. Hubby. Terletak di Kg. Chatin, Mentakab.

Banyak pilihan makanan untuk direbus. Jangan tamak. Ambik sikit-sikit dulu. Nak makan lagi, baru ditambah ye? Kalau tidak dia charge harga makanan lebihan kita. Tak baik membazir you!

Mr. Hubby tengah curahkan sup ke dalam periuk rebusan. “Steady bang, cover perut tu!” Haha…

Tengah bakar Ayam dan Daging Black Pepper. Rasanya amat sedap sekali. Tak payah dicicah bersama sos. Makan gitu pun dah terasa manisnya. Tengah rebuskan Mee Hoon, Fish Ball dan Sayur.

Sedap! Sedap! Sedap! Auntie Uncle datanglah makan di sini jugak nanti ye? Makanan ini semua dicaj RM42. Kenyang Alhamdulillah. Sedang molek saja kenyangnya. Taklah perut ketat sampai tak boleh bangun.

Sudah kenyang. Suka hati. Mari kita balik ke rumah.

SURAT KEBENARAN

16 Jun

Assalamualaikum…

14062011

Nur ada bawa balik borang ni untuk kami sebagai ibu bapa isi dan tandatangan. Borang Deklarasi Peserta Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2011. Pertandingan ini akan diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 26062011-28062011 nanti. Good luck untuk Nur & The Gang! Good Luck juga untuk wakil-wakil dari negeri yang lain. Selamat Bertanding!

NEXT ENTRY : PEMERIKSAAN ANTENATAL PENTING SEWAKTU HAMIL

LOVE, LOVE, LOVE YOU!

SELAMAT MENGANDUNG!

16 Jun

Assalamualaikum…

14062011

Anak dara T, Nur buatkan kad ni untuk T masa dia balik dari sekolah. Masa tu T tengah dok masak kat dapur. Dia buat lepas mandi dan bersolat Zohor. T tanya dia, “buat apa tu? kerja sekolah ke main-main?”, dia senyum dan diam saja. Dan bila T tengah hidangkan makanan, dia bagi kad ni pada T. Terharu T tatkala menerima dan membacanya. Amboi anak Ummi! Terima Kasih sayang! Mari T share ngan korang, kad buatan anak dara T ni.

Ini breakfast  T dan Mr. Hubby. Nasi Lemak Sambal Kerang. T makan Nasi Lemak Sambal Kerang ni sudah 3 hari berturut-turut. Iaitu pada 14-16062011. Sambal Kerang bagus buat penambah darah. Hari Selasa dan Hari Rabu rasa nasinya sedap tapi hari ini, 16062011, rasa nasinya dah rasa tak sedap. Makan pun tak habis tadi. Ratah Sambal Kerang saja. Esok tak beli dah kot.

Ini pulak lunch merangkap dinner T. Lunch pun dah dekat pukul 3.12 petang. Menu Ayam Masak Kicap, Sayur Kobis + Cendawan Goreng, Ikan Kembung Goreng dan Air Lemonade. Alhamdulillah.

LOVE, LOVE, LOVE YOU!

TETAMU V.I.P KU

13 Jun

Assalamualaikum…

10062011

Hari ini Hari Jumaat, Kakak T, Arina dan Emak T datang ke rumah dan T sudah siapkan makanan untuk menjamu mereka for lunch. Kakak T baru datang dari Kulim semalam bersama Emak T. So hari ni T ajak mereka datang lunch di rumah T yang manis ini 😀

Badan T tak berapa sihat. Cuma ini yang sempat T sediakan. Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Kari Ayam, Serunding Daging, Tembikai, Timun Batang, Budu dan Fresh Orange. One more thing! T lupa gorengkan Ikan-Ikan Talapia yang sudah T letak Garam + Kunyit. Sekali lupa mahu goreng ah! Last-last masa mereka nak balik, T bekalkan kepada mereka Ikan-Ikan  Talapia tu. Suruh Ma goreng di rumah Kuala Krau. Haru betullah!

Ni anak dara T berposing dengan baju pemberian sahabat baik T dari Singapura. Dia berikan kepada T semasa kami berjumpa di Universal Studios Singapore pada 01052011 yang lepas. Ingat nak buat baju ni baju raya Nur nanti. Tapi takut tak padan pulak kot sebab Nur makin membesar. Tapi dah tunjukkan gambar Nur pakai baju ni pada kawan T tadi di FaceBook. Untuk tatapan mata dia. Kang kalau dipakai pada hari raya, takut tak muat pulak. Hehe… So, awal-awal lagi dah suruh Nur berposing gini.  Tq so much Auntie Juana! Sayang Auntie Juana banyak-banyak! Sayang Auntie Juana ketat-ketat!

Jumpa di next entry, nak? Till then, Love, Love, Love You!

GAMBANG WATER PARK

11 Jun

Assalamualaikum…

03062011

Okey, sambungan daripada last entry. T dan family Abang Ipar datang mandi di sini pula. Kunjungan kami adalah untuk kali yang ke tiga manakala yang pertama buat  family Abang Ipar. Seperti biasa, sebelum masuk ke dalam, kami singgah ambil gambar di sini. Kelihatan anak-anak T, Nur dan Adib bersama sepupu mereka, Mamat. Malam tadi diaorang pergi gunting rambut bersama Abang Ipar T di kedai berhampiran rumah T. Botak licin… Halus…

Seterusnya, kami pergi sewa pelampung  juga Mr. Hubby top up duit untuk digunakan di dalam water park ni. Kat dalam ni tak pakai cash money, pakai gelang dia saja untuk top up duit nak beli makanan, minuman, atau bayar pelampung  juga sebagai kunci loker. Senang. Amat sistematik sekali.

Dan jom, main air jom!

Macam biasa, semua tempat kami main termasuklah yang ini. 6 Lane Racer. T naik bersama anak saudara T. Dah 2 kali naik di sini dan sekali naik di Melaka Wonderland. Masa naik baru ni baru perasankan syaratnya. Berat badan tak boleh lebih daripada 80kg. Jika nak naik juga, akibatnya kamu tanggunglah sendiri. Sebenarnya ni gambar masa kunjungan T dan staff-staff hubby pada 12032011 yang lepas. Tak banyak ambik gambar kali ini. Dok main air saja kerjanya.

Sambung mandi di dalam kolam ini pulak. Tak mahu balik budak-budak ni. Suka benar dok main air!

Hampir 4 jam setengah di sini, kami pun beredar keluar. Singgah makan Roti Ice-Cream dulu kat depan pintu masuk ke dalam water park ni. Yum!

Kemudian, kami gerak ke destinasi seterusnya. Ke mana? Next entry ye? Love, Love, Love You!

>FETTUCCINE CARBONARA

22 Jan

>






Dinner malam tadi B beli di Tawan. Jugak B beli Kuih Akok di Kelfood. Td kluar brunch dengan Hubby sebab anak-anak bersekolah ganti untuk CNY nanti. Depa dah start cuti 31.1 nanti. So untuk CNY depa cuti selama seminggu. Suka ah! Pas tapau nasi untuk depa, g amek Nur kat sekolah. Sementara menunggukan Adib, singgah Teluk Ria beli barang dapur sikit. Kemudian ambik Adib & terus balik ke rumah. Lepak santai di rumah sambil tengok tv, layan lappy. Tea time T masak Fettuccine Carbonara. Sekarang teringin pulak nak makan Laksa Sarawak. Dah tempah dengan kawan di Sarawak untuk belikan pesnya. Dah tak sabar ah!

>HAPPY BIRTHDAY MY KIDS!!

20 Dec

>

Assalamualaikum
Semalam 191210
Birthday Nur yang ke 8
Hari ini 201210
Birthday Adib yang ke 10
Sekali harung je celebrate birthday
Anak-anak T ni
Tahun ni tak seperti tahun-tahun lepas
Celebrate kat luar Temerloh
2001 celebrate di Kelantan
2002 celebrate di Kuala Krau
2003 celebrate di Temerloh
2004 celebrate di Temerloh
2005 celebrate di Tadika IB Kindergarten
2006 celebrate di Port Dickson
2007 celebrate di Kuantan
2008 celebrate di Kuantan
2009 celebrate di Pulau Pinang
2010 celebrate KFC Temerloh
Tapau kek kat SR
Dan g makan kat KFC
Kami sambut 4 beranak saja
Alhamdulillah
HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAK UMMI
SEMOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YANG
SOLEH DAN SOLEHAH
AMIN.. AMIN..
YA RABBAL ALAMIN
UMMI SAYANG ANAK-ANAK UMMI

Ummi sayang anak-anak Ummi!!


Dengan Abah..


Balik dari KFC
Kami ke Cowboy
Cari sedikit makanan
Untuk diberikan buat kawan-kawan
Anak-anak di Kelas Q-fa
sebagai gift daripada
Birthday Boy
&
Birthday Girl


Ok!
Sekejapan sahaja
Sudah siap dibungkus
Simple aka senang!
“,)
Tadi masa hantar diaorang
Pergi mengaji
Dah pesankan pada Ustaz dan Ustazah
Berikan gift ni untuk budak-budak yang datang


Hari ni g KL
Hubby ada kerja sikit
Dia ajak kami temankan dia ke KL
Sampai KL
Terus g makan dulu
Kat kedai kegemaran kami ni
MZ Darul Naim
Makan Nasi + Ikan Kembung Bakar + Budu
Budu sedak!!
Oh!
Air Sarsi Botol tidak ketinggalan
“,)


Di hadapan kedai makan kegemaran kami sekeluarga
Kedai makan ni sentiasa penuh ye
Puan-Puan dan Tuan-Tuan!
Berebut-rebut dok ambik makanan tadi!
T apalagi
Dengan gigih dan tekun
Tanpa berpaling ke kiri
Mahupun ke kanan
Menghabiskan 2 pinggan Nasi
Licin!!
Ngeeeeeee
😎

Kemudian
Kami ke Maju Junction Mall pula
Ke Giant untuk
Membeli barang-barang dapur
Dan kemudiannya kami…..


Singgah di Mc’D
Di Genting Sempah
Tapau makanan dan makan kat tempat makan ni
Hujan renyai-renyai mengiringi kepulangan
Kami balik ke Temerloh semula
Alhamdulillah
Selamat sampai
Home Sweet Home
😀

sekian laporan untuk makluman semua.. terima kasih.. “,)