Archive | MAJLIS BERTUNANG RSS feed for this section

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-9

30 Jun

Minggu Ke-9

Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Ibu : Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Ye. Perubahan hormon. Sudah mula sindrom mabuk. Makan dan muntah kemudiannya. Tidur melepek sahaja. Tidak produktif langsung! Rasa malas menyelubungi. Rumah berselerak sudah tidak dipeduli. Kain berbakul-bakul setia menanti. Tapi tuan punya badan dah mula rasa malas nak berbuat apa-apa. Ah! Bilalah keadaan ini mahu berakhir. Tak suka berada di dalam situasi begini. Menyesakkan sekali! Rimas jadinya! Help! Tolong!

23062011

Minum petang. Buat Puding Roti.

Sambil makan sambil tonton El Oso Berni. Si Bear Putih tu. Cerita dia pendek-pendek. Kelakar tengok!

24062011

Hari Pelaporan. Ambil Kad Laporan anak-anak di sekolah. Kedudukan Nur di dalam kelas, 9/37. Dapat 8A, 2B. Kedudukan Adib pula 31/37. Dapat 3A, 5B dan 2C. Adib! Adib! Banyak main budak ni! Next year nak UPSR dah! Adoilah!!

Balik dari sekolah, T ke kedai dan beli lauk untuk dimasak. Menu for lunch Sup Ayam, Sambal Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Buah Pisang dan Air Lemonade. Alhamdulillah.

Masa nak beli lauk di atas, T ke kedai kawan T. Ingat nak beli Mee Goreng. Dia kata dah habis dan sebelah petangnya dia hantarkan Mee yang baru digorengnya. Ya Allah! Susah-susahlah saja. Lain kali tak mahu susahkan orang dah. Teringin pun biarlah. Sebab takut menyusahkan orang dengan permintaan kita. Tq so much Kak Wa! Sedap makan Mee Goreng Basah panas-panas ni! Dia takut baby dalam perut mengidam. So dia gorengkan special for me! šŸ˜€

25062011

Kami ke majlis pertunangan anak kawan Suami T di Kg. Paya Keladan. Menu utama Nasi Dagang. Orang kampung sini kebanyakkannya orang Kelantan. Tukang Masak makanan pun Orang Kelantan dan tentunya rasanya amat sedap sekali! Terima kasih tuan rumah, Abang Mamat dan Kak Ma!

Tahniah Kak Long! Kami pulak datang dengan sedondon Kuning! Kebetulan saja. šŸ˜€

Lepas balik dari makan di tempat kenduri, kami ke The Store untuk membeli barang dapur. Nur pulak di sekolah berlatih untuk Action SongĀ untukĀ Peringkat Kebangsaan. Dari The Store, ambik anak dara T tu pulak di sekolahnya. Untuk dinner, Hubby nak makan Ikan Kembung Singgang + Budu. Jugak ada Kari Ayam pemberian Kak Ma di tempat kenduri tadi, Tembikai, Timun Batang dan Buah Apple. Alhamdulillah. Rezeki hari ini.

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

>SELAMAT BERTUNANG NIZAM DAN ILA

25 Jan

>

Assalamualaikum..

Semalam, 24/01/10.. Adik T, Nizam telah bertunang dengan pilihan hatinya.. Dila.. Kami ke Serendah semalam.. Berkumpul adik-beradik bersama ibu dan ayah saudara.. Kami 15 kereta ke rumah Dila yang tinggal berdekatan dengan rumah kakak ke 3 T, Kak Azizah juga di Serendah.. Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar dan Insya Allah, bulan 7 nanti T akan menerima bakal adik ipar!!

Nizam bersama barang-barang hantaran yang digubah oleh kakak ke 2 T, Kak Arina dari Kulim..

Ada misi yang perlu dilaksanakan di sini.. Heheh..


Perbincangan sedang dijalankan.. Berdebar-debar T masa ni.. Alahai.. Hehe..

Sesudah perbincangan.. Amik gambar barang-barang hantaran kedua belah pihak..

Ma sedang menyarungkan cincin merisik..


Ini pulak dok sarung cincin bertunang..

Cium tangan bakal ibu mertua..


Kami ramai-ramai..


T suka bangat dengan gambar ini…


Depa sudah menjamu selera rupanya kat luar tu..

B sedang mengambil makanan.. Makanan semua sedap-sedap.. Tip Top!!


Anak-beranak kami..


Nizam..

Bergambar di samping barang hantaran daripada belah kami..

Kami sekeluarga tak sabar-sabar nak tengok adik kami ni berkahwin.. Semoga semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.. Em.. Hantaran kahwin RM8186.. Tahun lahir adik-adik T ni.. Nizam lahir tahun 1981 dan Dila lahir tahun 1986… Pendek kata, T yang lagi teruja melihatkan mereka berdua ni.. T dah tak sabar-sabar tau nak menerima adik ipar ni!!