Archive | MASAK-MASAK RSS feed for this section

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-10

4 Jul

Bayi : Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Ibu : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Sedar tak sedar, dah masuk 10 minggu si kecil ni berada di dalam perut. 2 minggu lagi akan berusia 3 bulan. Masih lagi berlanjutan sindrom makan dan muntah. Sudah tidak tahan lagi. Rasa malas masih ada. Baru malam tadi dok melipat kain sebanyak 3 bakul. Esok bakal menjelma bersama tugasan rumah yang tidak pernah sudah-sudah. Get use to it babe!

SUMBER: Majalah Pa & Ma, Februari 2005

28062011

Kawan Hubby yang berikan Pulut Panggang ni pada kami. Hari tu T tak sempat nak makan semasa majlis bertunang anak dia. Buah susah-susah aje. Terima kasihlah banyak-banyak Abang Mamat! Pulut Panggang ni berintikan Serunding Ikan. Yummy! Sedap.

29062011

Dinner di Restoran Rizki Tom Yam. Kami order Ikan Siakap Black Pepper, Tom Yam Campur, Sayur Campur dan Telur Dadar. Alhamdulillah.

01072011

T buat lempeng ni. Cicah gula. Cicah dengan jem tu pun sodap jugak. Minum dengan Air Horlicks 3 in 1.

02072011

Hubby beli juadah lunch ni di Restoran SZ Rahmah di Jalan Maran. Sangat-sangat teringin nak makan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Padahal baru je makan dalam minggu lepas gitu. Teruk ah mengidam! Asyik nak makan saja ni! Lagi Hubby beli Ikan Kembung Bakar + Kicap, Ayam Goreng, Kari Ikan Tenggiri, Sambal Udang Petai, Sambal Tempoyak dan Ulam-ulaman. Alhamdulillah. Kenyang dok makan. Hari ni dok santai di rumah saja. Belah petang tengok drama Korea, Marry Me Mary. Best!

03072011

Awal pagi ni, Hubby hantar Nur ke sekolah. Nur & The Gang mendapat jemputan membuat persembahan di Sek. Men. Keb. Kuala Krau. Sekolah T dulu tu tau! Tapi kami tak pergi sebab cikgu Nur cakap itu adalah majlis tertutup. Program ini adalah di bawah Yayasan Pahang. T dah cakap pada cikgunya Nur tengah sakit mata dan demam. Tapi Nur dikehendaki hadir juga untuk program ni.

Setelah bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki di Pekan Sehari Temerloh, hari ini T membuat keputusan untuk ke sana. Apa-apa pun kita bersarapan dulu di satu kedai Makcik Kelate ni. So, T order Nasi Kerabu + Daging Bakar + Ayam Bakar + Solok Lada + Teh ‘O’. Alhamdulillah.

Kita beli daging ye puan-puan hari ini?

Orang yang sangat ramai

Murtabak Pak Lan. Jiran dekat rumah ni.

Singgah beli Ikan kecik tu dengan Pak Cik ni. Ikan Lais namanya. Rasanyalah. Pak Cik tu pun iyakan tadi masa T tanya dia. šŸ™‚

Putu Kacang. My favourite ni!!

Segar dari Pekan Sehari Temerloh. Untuk lunch T masak Kari Daging + Kentang, Ikan Tilapia Goreng, Ikan Lais Goreng, Sambal Belacan dan Daun Salad. Alhamdulillah.

Pinggan T. Tipu ni. Pas tu dok menambah nasi dan lauk lagi. Ngeeeee…

Nur balik dari Sek. Men. Keb. Kuala Krau. Dia cakap Yayasan Pahang berikan T-Shirt dan jugak Jam Tangan itu sebagai hadiah. Terima Kasih Daun Keladi! Malangnya Nur bertambah tidak sihat. Hari ini 04072011 Nur pergi berjumpa doktor lagi. Demam dan sakit mata belum kebah, bertambah dengan batuk-batuk. Doktor kata dia ada tonsil. Susah nak telan air liur mahupun makanan. Sambung MC lagi untuk 3 hari lagi. Dia tak pergi sekolah sejak Khamis lepas. Ala, kesian Nur. Dah lama ketinggalan pelajaran dek latihan Action Song. Ini sakit pulak. Cepat sihat my dear!

Untuk dinner, lauk-lauk lain masih ada. T cuma gorengkan lagi Ikan Tilapia Goreng. Makan sambil tengok Bola. Malaysia melawan Taiwan. Tahniah Malaysia dapat pergi ke peringkat seterusnya! Bangganya kami rakyat Malaysia!

Ini sahaja isi cerita kali ini. Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-9

30 Jun

Minggu Ke-9

Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Ibu : Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Ye. Perubahan hormon. Sudah mula sindrom mabuk. Makan dan muntah kemudiannya. Tidur melepek sahaja. Tidak produktif langsung! Rasa malas menyelubungi. Rumah berselerak sudah tidak dipeduli. Kain berbakul-bakul setia menanti. Tapi tuan punya badan dah mula rasa malas nak berbuat apa-apa. Ah! Bilalah keadaan ini mahu berakhir. Tak suka berada di dalam situasi begini. Menyesakkan sekali! Rimas jadinya! Help! Tolong!

23062011

Minum petang. Buat Puding Roti.

Sambil makan sambil tonton El Oso Berni. Si Bear Putih tu. Cerita dia pendek-pendek. Kelakar tengok!

24062011

Hari Pelaporan. Ambil Kad Laporan anak-anak di sekolah. Kedudukan Nur di dalam kelas, 9/37. Dapat 8A, 2B. Kedudukan Adib pula 31/37. Dapat 3A, 5B dan 2C. Adib! Adib! Banyak main budak ni! Next year nak UPSR dah! Adoilah!!

Balik dari sekolah, T ke kedai dan beli lauk untuk dimasak. Menu for lunch Sup Ayam, Sambal Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Buah Pisang dan Air Lemonade. Alhamdulillah.

Masa nak beli lauk di atas, T ke kedai kawan T. Ingat nak beli Mee Goreng. Dia kata dah habis dan sebelah petangnya dia hantarkan Mee yang baru digorengnya. Ya Allah! Susah-susahlah saja. Lain kali tak mahu susahkan orang dah. Teringin pun biarlah. Sebab takut menyusahkan orang dengan permintaan kita. Tq so much Kak Wa! Sedap makan Mee Goreng Basah panas-panas ni! Dia takut baby dalam perut mengidam. So dia gorengkan special for me! šŸ˜€

25062011

Kami ke majlis pertunangan anak kawan Suami T di Kg. Paya Keladan. Menu utama Nasi Dagang. Orang kampung sini kebanyakkannya orang Kelantan. Tukang Masak makanan pun Orang Kelantan dan tentunya rasanya amat sedap sekali! Terima kasih tuan rumah, Abang Mamat dan Kak Ma!

Tahniah Kak Long! Kami pulak datang dengan sedondon Kuning! Kebetulan saja. šŸ˜€

Lepas balik dari makan di tempat kenduri, kami ke The Store untuk membeli barang dapur. Nur pulak di sekolah berlatih untuk Action SongĀ untukĀ Peringkat Kebangsaan. Dari The Store, ambik anak dara T tu pulak di sekolahnya. Untuk dinner, Hubby nak makan Ikan Kembung Singgang + Budu. Jugak ada Kari Ayam pemberian Kak Ma di tempat kenduri tadi, Tembikai, Timun Batang dan Buah Apple. Alhamdulillah. Rezeki hari ini.

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

MENYANDAT SOTONG

23 Jun

Assalamualaikum…

18062011

T buat entry ketika Hubby T pergi menyandat sotong bersama kawan-kawannya pada minggu lepas. Nak dijadikan cerita semasa mereka di laut, telah berlaku ribut kuat yang mana Hubby cakap, mujurlah selamat sampai di darat setelah melawan ribut selama satu jam di tengah-tengah laut tu. Perubahan Angin Monsun. Kan 2-3 hari lepas ada tunjuk berita pasal ribut kuat yang melanda Kuala Terengganu. Hubby cakap ribut bermula pada pukul 8 malam dan mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik. Syukur, Alhamdulillah. Selamat pulang ke darat. Hubby pulak mabuk laut dan muntah sebanyak 3 kali. Walaupun dah makan ubat tahan muntah yang sudah dibeli di klinik. Dia cakap dah serik nak ke laut lagi untuk menyandat sotong. T dengar ceritanya pun dah merasa takut. Inikan pula Hubby yang mengalaminya. Syukur Alhamdulillah, ahli kumpulan Hubby semuanya selamat.

Ini adalah gambar Hubby dari Jeti Chendering ke tengah laut untuk menyandat sotong.

Kawan Hubby. Ketua aka kepala kumpulan. Orang yang banyak pengalaman. Orang Terengganu ni. Cayalah En. Fakharuddin!

19062011

Hasil tangkapan mereka. Ini pun mujurlah. Syukur Alhamdulillah. Kawan T ada cakap ada team yang sewa bot sampai RM700, cuma bawa hasil menyandat, 4 ekor sotong sahaja. Ini mereka bahagi sesama mereka. Ada 20 orang Hubby cakap.

Hubby selamat sampai di rumah pada pukul 7.00 malam. Inilah hasil yang dia bawak pulang. T tak kisah. Janji Hubby selamat pulang saja. Sotong dan Ikan Kerisi ni anytime je boleh cari. Tak makan pun tak apa. Kalau Hubby tak ada, mana lagi T nak cari ooooooiiiiii!

Sudah siap digoreng. Sotong Celup Tepung dan Ikan Kerisi Goreng. Dicicah bersama sos yang Hubby beli di Terengganu.

20062011

Hubby balik dari KL dan dia belikan ini untuk kami anak-beranak. Apa isi di dalam agaknya ye?

Oh! Croissant Tuna dan Sandwich Chicken Slice rupanya. Yummy! Lama dah tak makan ni!

21062011

Hari ni selepas balik dari buat MGTT di Klinik Kesihatan Simpang SongsangĀ (ujian pengesanan Kencing Manis- kena minum air gula, nasib baik selamat), T ke office Hubby. Tunggu dia untuk lunch di Restoran S.Z. Rahmah di Jalan Maran. Dah lama tak makan kat sini. Daripada malam tadi T berpuasa. 10.00 malam – 10.30 pagi disebabkan nak ambil ujian MGTT tu. So, kami lunch awal. Dalam pukul 12.00 tengahari makan di sini. Favourite kat sini ialah Gulai Tempoyak Ikan Patin (the best in town!), T jugak ambik Ikan Tilapia Bakar + Air Asam, Kari Ikan Tenggiri, Sambal Udang, Ayam Goreng, Sambal Buah Kuinin, Sambal Tempoyak Cili Api, Ulaman dan jugak Teh ‘O’ Ais. Syukur Alhamdulillah. Kenyang makan tadi!

Tapaukan jugak untuk 2 orang staff Hubby kat office dan jugak untuk anak-anak T.

From Bandung with love. Dapat kain telekung ni tadi masa di office Hubby. Kawan T, Zu yang kirimkan melalui salah seorang staff di office. Tq so much Zu! Susahkan Zu aje. Setiap kali Zu bercuti ke mana-mana, memang tak lupa souvenir untuk Kak T. Tq my dear! Cantik telekung ni! Kak T suka!

22062011

Big Apple Donut. Hubby beli masa diaĀ pergi ke Kuantan tadi. Topping kacang dan chocolate. Yummy!!

Obimin. Vitamin untuk ibu-ibu mengandung jugak menyusukan bayi. Hubby belikan di Kuantan tadi. Tq my Darling!

23062011

Hari ni tetiba ke kedai makan Arwah Pak Usop. T tapaukan lauk-pauk ni, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ikan Tilapia Tempoyak Bakar, Masak Lemak Cili Api Ikan Tilapia, Ikan Keli Berlada, Sambal Ikan Bilis + Tempe, Air Asam, Sambal Tempoyak, Ulaman dan Nasi pun T tapaukan jugak. Dan terus ambil anak-anak di sekolah. Call Hubby suruh balik makan di rumah. Gulai Ikan Patin tu tinggal yang last dah dalam periuk besar kat kedai tadi. Alhamdulillah, lucky me! Tu pun baru pukul 12.38 tengahari. Kalau nak jugak makan Gulai Ikan Patin, kena tunggu dia masak dalam sejam lagi. Ha ko! Mujurlah sempat dengan T tadi. Kalau nak menunggu tu tidaklah sebab nak ambik anak-anak di sekolah lagi. :-O

 

Jumpa lagi. LOVE, LOVE, LOVE YOU!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-8

20 Jun

Bayi : Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Ibu : Perubahan bentuk fizikal mula dialami.

Aku : Ye. Berat badan semakin meningkat. So far, tiada lagi alahan. Terasa mahu muntah tetapi tidak muntah-muntah lagi setakat hari ini. Cuma terasa loya sahaja. Pagi tadi terasa perut macam masuk angin. Ada bunyi angin di dalam perut. Rasa malas nak buat kerja-kerja rumah tetapi kenalah buat juga. Lepaslah tadi dok menjemur kain. Ada 3 bakul kain yang belum dilipat. Ah! Itu bukan masalah besar. Memasak? Hari ini tidak memasak. Rasa malas nak berbuat apa-apa. Dok terbaring atas katil saja. Apa yang aku pikir? Entah? Segala rasa macam bercampur menjadi satu. Sensitif pulak lately ni. Salah sikit aje menangis. Salah sikit aje menangis. Hubby cakap sensitifnya! Jangan menangis. Nanti baby dalam perut pun sedih! Makan Nasi Lemak Sambal Kerang yang menjadi kegilaanku satu ketika dulu pun menangis. Rasanya dah tak sedap. Lepas makan terus masuk dalam toilet. Tak basuh kerang tu elok-elok agaknya. Sakit perut aku pagi tadi! Em, kadang-kadang rasa sembelit jugak. Seksanya! Kena banyak minum air masak. Kang, banyak minum air masak, kerap nak kencing pulak. Serba-salah dibuatnya! Beginilah aku setelah hamil. Rasa diri kosong. Tak boleh berbuat apa-apa. Nak melasak sikit pun takut. Nak makan pun takut. Nanti berat lagi naik. Memang serba tak kena. Harap-harap keadaan ini tak lama. Tak suka berada di dalam situasi begini. Rumit lagi menyulitkan. Aku nak happy-happy je. Tak boleh ke?

DiĀ  bawah adalah gambar-gambar dan cherita-cherita yang tiada kaitan langsung dengan tulisan di atas. Terima Kasih!

16062011

Hubby ke KL hari ni. Dia ada tanya T nak makan apa? Nak beli apa? T terus nak order Kenny Rogers Roasters. Dah lama tak pekena. So tadi dah makan dengan puasnya. Alhamdulillah. Tq B!

Mr. Hubby bawa balik ni untuk anak daranya, Nur. Apa isi di dalamnya ye?

Oh! Angry Birds rupa-rupanya!

17062011

Hubby pergi KL lagi hari ni. Dia tanya nak beli makanan apa? T cakap nak Lamb Mandy dari Restoran Al-Rawsha. So dia belikan itu untuk T. Juga diaĀ belikan Nasi Panggang di Al-Amin Food Corner, AFC di Greenwood, Gombak. Alhamdulillah. Sebelah malam, Hubby dijemput oleh kawannya ke Terengganu. Ada projek menyandat sotong katanya. So, T dan anak-anak kena tinggallah di rumah. Actually, ni baru 1st time dia join kawan-kawan pergi ke laut untuk memancing atau menyandat sotong. Cari pengalaman katanya.

18062011

Bersarapan di rumah Kak Long T. T beli makanan di kedai dan bersarapan di rumahnya. Borak-borak gossip-gossip… kan?

19062011

Brunch T. Ikan Keli Masak Lemak Cili Api dan Ayam Masak Merah. Air Sirap Limau. Makan di gerai Kak Long T. Anak-anak dok makan Nasi Lemak.

Cari barang sikit di KS Walk Market. Masa dia nak letak barang dalam plastik, T tolak. T pergi ambik beg troli KFC dalam kereta untuk isi barang-barang ni semua. Nasib masa tu tak ada orang lain yang beratur lagi.

Dinner. Menu mudah dan malas ringkas. Ikan Bilis Goreng Bawang + Cili Api, Telur Mata Ayam Kerbau, Sambal Sardin, Air Fresh Orange dan penambah rasa, Kicap Manis Cap Kipas Udang. Lepas makan kita dok berkipas ye tuan puan! Masa ni Mr. Hubby dah balik dari menyandat sotong. So, inilah sambutan kami untuk Hari Bapa tahun ini. Ringkas sahaja, kan?

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

SELAMAT MENGANDUNG!

16 Jun

Assalamualaikum…

14062011

Anak dara T, Nur buatkan kad ni untuk T masa dia balik dari sekolah. Masa tu T tengah dok masak kat dapur. Dia buat lepas mandi dan bersolat Zohor. T tanya dia, “buat apa tu? kerja sekolah ke main-main?”, dia senyum dan diam saja. Dan bila T tengah hidangkan makanan, dia bagi kad ni pada T. Terharu T tatkala menerima dan membacanya. Amboi anak Ummi! Terima Kasih sayang! Mari T share ngan korang, kad buatan anak dara T ni.

Ini breakfastĀ  T dan Mr. Hubby. Nasi Lemak Sambal Kerang. T makan Nasi Lemak Sambal Kerang ni sudah 3 hari berturut-turut. Iaitu pada 14-16062011. Sambal Kerang bagus buat penambah darah. Hari Selasa dan Hari Rabu rasa nasinya sedap tapi hari ini, 16062011, rasa nasinya dah rasa tak sedap. Makan pun tak habis tadi. Ratah Sambal Kerang saja. Esok tak beli dah kot.

Ini pulak lunch merangkap dinner T. Lunch pun dah dekat pukul 3.12 petang. Menu Ayam Masak Kicap, Sayur Kobis + Cendawan Goreng, Ikan Kembung Goreng dan Air Lemonade. Alhamdulillah.

LOVE, LOVE, LOVE YOU!

AHAD + ISNIN

13 Jun

 

Assalamualaikum…

120611

Semalam, 120611 kami “brunch” di Restoran Ima. Badan rasa tak sihat hari ni. Panas sejuk, panas sejuk. Kepala pun sakit. Apakah??? Ini saja T nak tayang majalah-majalah yang wajibĀ T beli setiap bulan dan ini adalah majalah-majalah untuk bulan Jun. Belum sempat baca pun lagi. Tak sempat. Tak ada masa.

Untuk dinner, T masak Asam Pedas Ikan Kembung dan Ayam Goreng. Minuman pula Air Lemonade. Syukur Alhamdulillah.

13062011

Ini breakfast pagi tadi. T dan Adib makan Nasi Lemak, Air Teh ‘O’ Suam dan Milo Panas. Hubby pulak order Nasi Dagang dan Teh Panas. Kami makan di Restoran Ima. Selepas bersarapan T dan Adib menuju ke suatu tempat. Tempat? Di mana? Adalah… Nanti T cerita di next entry ye? Till then, Love, Love, Love You!

110611

13 Jun

Assalamualaikum…

110611

Cantiknya tarikh inikan? Unik! I like, like, like and like! Ngeeeee… Untuk lunch T masak Tom Yam Ayam, Ikan Gelama Masin Goreng, Serunding Daging. Ada Buah Anggur Hitam jugak Air Lemonade. Syukur Alhamdulillah.

Ini yang kami makan untuk minum petang. Cucur Lemak Manis Adabi. Air pulak Air Teh ‘O’. Syukur Alhamdulillah.

Ini pulak Cucur Bilis Bawang Adabi. Tapi pada T rasanya lagi sedap kalau kita adun tepung sendirilah… Kan? Kan? Kan korang?

Cukup cerita di hari Sabtu bersamaan 110611. Cerita hari Ahad bagaimanakah pula ye? Ada sesuatu yang istimewakah? Till then, Love, Love, Love You!