Archive | PORT DICKSON RSS feed for this section

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

4 Jul

Assalamualaikum…

27062011

Dari Corus Paradise, kami terus ke Glory Beach Resort. Pihak hotel ada sediakan satu khemah besar berair-cond untuk para peserta dan penonton. Nur dan kawan-kawannya. Bergediks sekejap!

Menanti giliran mereka untuk membuat persembahan

Persembahan Nur & The Gang. Team No. 13 daripada 16 buah negeri yang bertanding

Result tahu di sebelah malamnya selepas dinner. Kami tidak menunggu dan terus ke KL. Mr. Hubby ada urusan pula di sana. Negeri Pahang mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan ini. 16 negeri yang bertanding dan mereka cuma mampu menduduki tempat ke-4. Walau tidak bergelar juara, kami ibu-bapa, guru-guru berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Mana tahu, tahun depan. Kita cuba dan cuba lagi ye?

Kami berhenti lunch di Plaza Low Yat sebelum gerak ke Bar Council. Mr. Hubby ada urusan di sana yang perlu dibereskan segera.

Settle urusan di Bar Council, kami gerak pulak ke Pusat Bandar Damansara. Mr. Hubby ada urusan nak bertemu clientnya pula. Dari situ, kami ke Selayang Mall. Belikan makanan, MC’D dan Pulut Mangga di situ. Buat buah tangan untuk family Abang Ipar T di Selayang. Singgah rumah Abang Ipar tengok cucu saudara T ni. Baru umur 3 bulan. Badan dan kepalanya keras macam besi. Aktif melasak budak Umar ni tau!

Selepas dinner, kami pun pulang ke rumah. Home Sweet Home!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

Advertisements

CORUS PARADISE, PD

4 Jul

Assalamualaikum…

26062011

Kami stay kat hotel ni sebab nak menghadiri Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di Glory Beach Resort, PD esok. Nur ada mengambil bahagian di dalam Pertandingan Action Song yang mana sekolahnya, Sek. Keb. Jalan Bahagia Temerloh mewakili negeri Pahang. Telah banyak kali kami stay di Corus tetapi sebelum ni kami mengambil bilik jenis apartment kerana pergi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Kali ini kami mengambil bilik yang sesuai untuk kami 3 beranak saja. Nur bersama kawan-kawan dan guru-gurunya tidur di Glory Beach Resort.

Emy Omar, sahabat baik T, telah sudi datang dari Masjid Tanah untuk berjumpa dengan T di hotel. Tq so much my dear! Sudi datang berjumpa Ruzi walau sekejap cuma. Ruzi amat-amat menghargai kedatangan Emy & Co.

Selepas berbual dan mengambil gambar bersama Emy, T melayan anak bujang T ni pulak untuk mandi di kolam. Seluar mandi lupa pulak nak bawa. T belikan saja di kedai di lobi hotel. Dia kata air kolam sejuk. T tak mandi. Duduk ambil gambar di tepi kolam saja.

Emy bawa buah tangan untuk T. Apam Polkadot tu sedap! Ada inti cair di dalamnya. Laju je kami 3 beranak dok makan dalam bilik. Novel pemberian Emy tu pun sudah habis T baca. Sedap jalan ceritanya. Betapa derita sebelum merasa bahagia. Simpati kepada watak utama. Dan ye, Matahari Cerah Lagi. Bahagia menanti di penghujung cerita.

kami keluar dinner di Restoran Berkat depan Rumah Zaitun yang besar tu. Aduh! Rasa makanan semuanya masin! Kenapalah begitu sekali rasanya. Sorry ye? I tak mahu masuk kedai u ni lagi lepas ni! Titik!

Ikan Siakap Stim yang sampainya masa nasi kami dah nak habis pun. Ratah ajelah. Rasa masin jugak. Aduh!

27062011

Breakfats time. Rasa makanan kira oklah. Boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Tunggu Mr. Hubby check out bilik. Kami check out awal. Dalam pukul 8.30 pagi gitu sebab nak gerak ke Glory Beach Resort pula.

Bye Corus Paradise. Panjang umur ada masa kami datang lagi!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

>MAKAN ANGIN SAMPAI KEMBONG!!

27 Dec

>

Assalamualaikum
241210
Kami ke Mid Valley lagi
Hubby tinggalkan kami di sini
Dan dia ke Mahkamah PJ
Sambung lagi rape case di sana
Kami bersarapan di MC’D

Lepas bersarapan
Kami menonton Tron Legacy 3D
Selepas membeli Pop Corn dan Mineral Water

Habis tengok movie
Naik cab gerak ke PJ
Jumpa Hubby kat situ
Terus gerak ke Shah Alam
Singgah lunch di Restoran Ani Sup Utara
Kemudian gerak ke Tesco
Beli barang-barang makanan
Nak dibawa ke PD
Cuti-cuti makan angin
Dengan family my Hubby

Kami stay kat Golden Straits Villas Beach Resort, PD
Dah 2 kali stay kat sini
Pertama kali pada tahun 2001
Hubby ambil apartment 3 bilik


Tempat utama ni.. Ruang dapur!
Gagaga

231210
Jom mandi kolam jom!!


Kemudian gerak ke pantai
Main Bola Sepak kau!!
Team T kalah 5-2
Mencik
😦

Sambung mandi kolam lagi
Kemudian naik bilik
Masak for lunch

Belah petang

Gerak g pantai lagi
Sambung main Bola Sepak
Dan Bola Beracun
Mandi di pantai jugak
Enjoh bah!!


241210
Masa ni dah check out dari bilik
Bergambar ramai-ramai
Yang sepatutnya menjadi acara wajib
Bila berkumpul ramai-ramai gini
Kan?


Kami ke Teluk Kemang
Tengok bebudak ni naik benda alah ni
Geram je aku nak join sama
Gagagaga
:-p


Okey!
Nak gerak ke Alamanda Putrajaya pulak
“,)


Di Alamanda Putrajaya
Dah lama tak datang sini taw!!


Lunch ramai-ramai di Food Court RASA


Dari Alamanda
Kami terus gerak ke Selayang
Rumah Abang Ipar
Dinner di sana
Dan balik tidur di Subang Suria
Rumah Adik Ipar
251210
Kami ke Pusat Sains Negara
Di atas permintaan anak-anak
Nak tengok Dinos!!

Rombongan Cik Kiah
:-p


Budak yang over excited ke sana ke mari
Sekejap-sekejap hilang
Buat tempat ni macam tempat dia aja
Tak takut apa
Haish!

VAVAVAVA!!


Adib
Cool bebeh!!


Habis melihat pameran Dinos
Kami ke Restoran Vicchuda di Damansara
Untuk lunch
Makan ramai-ramai
Meriah!


Sebelah malam
Gerak ke Jusco 1 Utama
Dah berabad lamanya tak ke sini!
Nak pegi waktu siang tadi
Jem giler!
Waktu malam jalan dah lengang
Deko dia cantik!!

Kalau nak dibandingkan dengan mall lain
Seperti Sunway Piramid
The Mall
Mid Valley
KLCC
Amcorp Mall
Deko kat sini yang terbaek!
Luv it!!

Balik dari sini
Kami gerak ke Selayang
Tidur di rumah Abang Ipar
Petang semalam
261210
Baru gerak balik ke Temerloh
Oh Home Sweet Home!!