Archive | SKJB RSS feed for this section

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

4 Jul

Assalamualaikum…

27062011

Dari Corus Paradise, kami terus ke Glory Beach Resort. Pihak hotel ada sediakan satu khemah besar berair-cond untuk para peserta dan penonton. Nur dan kawan-kawannya. Bergediks sekejap!

Menanti giliran mereka untuk membuat persembahan

Persembahan Nur & The Gang. Team No. 13 daripada 16 buah negeri yang bertanding

Result tahu di sebelah malamnya selepas dinner. Kami tidak menunggu dan terus ke KL. Mr. Hubby ada urusan pula di sana. Negeri Pahang mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan ini. 16 negeri yang bertanding dan mereka cuma mampu menduduki tempat ke-4. Walau tidak bergelar juara, kami ibu-bapa, guru-guru berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Mana tahu, tahun depan. Kita cuba dan cuba lagi ye?

Kami berhenti lunch di Plaza Low Yat sebelum gerak ke Bar Council. Mr. Hubby ada urusan di sana yang perlu dibereskan segera.

Settle urusan di Bar Council, kami gerak pulak ke Pusat Bandar Damansara. Mr. Hubby ada urusan nak bertemu clientnya pula. Dari situ, kami ke Selayang Mall. Belikan makanan, MC’D dan Pulut Mangga di situ. Buat buah tangan untuk family Abang Ipar T di Selayang. Singgah rumah Abang Ipar tengok cucu saudara T ni. Baru umur 3 bulan. Badan dan kepalanya keras macam besi. Aktif melasak budak Umar ni tau!

Selepas dinner, kami pun pulang ke rumah. Home Sweet Home!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-9

30 Jun

Minggu Ke-9

Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Ibu : Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Ye. Perubahan hormon. Sudah mula sindrom mabuk. Makan dan muntah kemudiannya. Tidur melepek sahaja. Tidak produktif langsung! Rasa malas menyelubungi. Rumah berselerak sudah tidak dipeduli. Kain berbakul-bakul setia menanti. Tapi tuan punya badan dah mula rasa malas nak berbuat apa-apa. Ah! Bilalah keadaan ini mahu berakhir. Tak suka berada di dalam situasi begini. Menyesakkan sekali! Rimas jadinya! Help! Tolong!

23062011

Minum petang. Buat Puding Roti.

Sambil makan sambil tonton El Oso Berni. Si Bear Putih tu. Cerita dia pendek-pendek. Kelakar tengok!

24062011

Hari Pelaporan. Ambil Kad Laporan anak-anak di sekolah. Kedudukan Nur di dalam kelas, 9/37. Dapat 8A, 2B. Kedudukan Adib pula 31/37. Dapat 3A, 5B dan 2C. Adib! Adib! Banyak main budak ni! Next year nak UPSR dah! Adoilah!!

Balik dari sekolah, T ke kedai dan beli lauk untuk dimasak. Menu for lunch Sup Ayam, Sambal Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Buah Pisang dan Air Lemonade. Alhamdulillah.

Masa nak beli lauk di atas, T ke kedai kawan T. Ingat nak beli Mee Goreng. Dia kata dah habis dan sebelah petangnya dia hantarkan Mee yang baru digorengnya. Ya Allah! Susah-susahlah saja. Lain kali tak mahu susahkan orang dah. Teringin pun biarlah. Sebab takut menyusahkan orang dengan permintaan kita. Tq so much Kak Wa! Sedap makan Mee Goreng Basah panas-panas ni! Dia takut baby dalam perut mengidam. So dia gorengkan special for me! šŸ˜€

25062011

Kami ke majlis pertunangan anak kawan Suami T di Kg. Paya Keladan. Menu utama Nasi Dagang. Orang kampung sini kebanyakkannya orang Kelantan. Tukang Masak makanan pun Orang Kelantan dan tentunya rasanya amat sedap sekali! Terima kasih tuan rumah, Abang Mamat dan Kak Ma!

Tahniah Kak Long! Kami pulak datang dengan sedondon Kuning! Kebetulan saja. šŸ˜€

Lepas balik dari makan di tempat kenduri, kami ke The Store untuk membeli barang dapur. Nur pulak di sekolah berlatih untuk Action SongĀ untukĀ Peringkat Kebangsaan. Dari The Store, ambik anak dara T tu pulak di sekolahnya. Untuk dinner, Hubby nak makan Ikan Kembung Singgang + Budu. Jugak ada Kari Ayam pemberian Kak Ma di tempat kenduri tadi, Tembikai, Timun Batang dan Buah Apple. Alhamdulillah. Rezeki hari ini.

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

SURAT KEBENARAN

16 Jun

Assalamualaikum…

14062011

Nur ada bawa balik borang ni untuk kami sebagai ibu bapa isi dan tandatangan. Borang Deklarasi Peserta Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2011. Pertandingan ini akan diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 26062011-28062011 nanti. Good luck untuk Nur & The Gang! Good Luck juga untuk wakil-wakil dari negeri yang lain. Selamat Bertanding!

NEXT ENTRY : PEMERIKSAAN ANTENATAL PENTING SEWAKTU HAMIL

LOVE, LOVE, LOVE YOU!

SELAMAT HARI GURU 2011

19 May

Assalamualaikum…

16052011, setiap tahun, kita akan menyambut hari yang dipanggil Hari Guru. Hari ini T ke sekolah bersama 2 orang kawan untuk melihat persembahan anak-anak kami bagi menyambut hari yang istimewa ini bersama guru-guru mereka. T jugak sempat sediakan hadiah-hadiah ni untuk guru-guru yang mengajar anak-anak T di Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Hadiah yang tidak seberapa nilainya ini tidak tidaklah terbanding dengan jasa mereka mendidik anak-anak T selama ini. Terima Kasih Cikgu!

Nur dan kawannya, Fatinie. Sama-sama menyertai pertandingan Action Song di Pekan hari Sabtu lepas.

Guru-Guru dan para pelajar yang semuanya bersemangat nak menonton persembahan-persembahan yang bakal disediakan oleh pihak sekolah buat mereka… Semuanya sporting dan steady walaupun cuma duduk di atas lantai. Yang penting, kita enjoy!

Adib & The Gang buat persembahan Boria pada hari ini. Persembahannya yang kedua selepas majlis Mesyuarat PIBG pada bulan lepas. Adoi! Kencang betul anak bujang T ni menari! Hehehe…

Turn Nur & The Gang pulak. Menyanyikan lagu yang membawa kejayaan buat mereka di Pekan Pahang Sabtu lepas. Tak jemu-jemu menonton persembahan mereka.

Sebenarnya segan nak ke sekolah. Memandangkan cuma T dan 2 orang kawan cuma dari kalangan para ibu. Tapi memandangkan cikgu-cikgu yang membawa rombongan Nur ke Pekan ajak kami join sama menonton persembahan anak-anak dan jugak sebab T dok bawak hadiah tu semua, So tebalkan muka sajalah ke sekolah. Sejurus habis menonton persembahan Adib dan Nur, kami 3 orang terus pulang ke rumah. Happy dan bangga tengok anak-anak buat persembahan. Tak malu, tak segan. Baguslah tu. Berani. Itu yang T nak.

KARNIVAL BAHASA INGGERIS -part 2-

19 May

Assalamualaikum…

15052011, Kami bersarapan dekat kedai makan area homestay. Pekena Nasi Dagang bersama Nescafe Panas. Nasi Dagang tu sangat sedap okes? Rasa macam Nasi Dagang di Kuala Terengganulah pulop! Okey, sudah kenyang makan, Syukur Alhamdulillah, kami pun terus ke Dewan Sek. Keb. Pekan Jaya untuk acara penutupan majlis dan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Yes! Setelah menunggu hampir 2 jam akhirnya penantian kami berbaloi dengan kemenangan yang berpihakĀ  kepada Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Alhamdulillah. Apabila pengacara majlis mengumumkan 6 kumpulan yang lain sebelum kami, dan Kuantan sebagai pemenang ke 2, kami sudah tahu yang kami adalah juaranya! Budak-budak sangat happy apatah lagi kami para ibu bapa dan guru-guru. Kami saling mengucapkan tahniah sesama kami. Berpeluk cium bagai. Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Terima Kasih kepada Madam Chin, Puan Razila, Puan Norizan, Puan Zabedah, Madam Yeni, Ustaz Fadhil dan Pengetua Sekolah kerana kalian memungkinkan semua ini berlaku! Kami happy dok merakam gambar mereka naik pentas menerima trofi sebagai JOHAN! Tahniah buat Nur & The Gang! Insya Allah, pertandingan peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada bulan depan di Negeri Sembilan pula. T pasti Madam Chin dan guru-guru lain akan melatih mereka dengan sebaiknya untuk ke peringkat Kebangsaan ni pula. Insya Allah. Ada rezeki kami nanti, adalah… Kalau sudah bukan rezeki kami, tidak mengapalah. Janji kami berusaha dengan sebaiknya. Menang kalah sudah menjadi adat bertanding, kan? Kalau kita rasa kita hebat, ada lagi yang lebih hebat daripada kita, begitulah…

Sejurus turun daripada pentas,Ā Nur terus mencari Abahnya yangĀ berada di belakang dewan. Tengoklah muka happy Abahnya tu. Kami semua happy for you my dear!Ā 

Bergambar bersama guru-guru dan anak-anak kecil yang sangatĀ bertuah hari ini!

Sebagai Johan, mereka kena buat persembahan sekali lagi. Kali ini kami sangat-sangat enjoy dan happy sebab kejayaan itu sudah menjadi milik kami. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah!

Dah ada peminat pun! Kakak-kakak dan Abang-abang ni masuk pertandingan debat. Dari sekolah di Bera. Depa dok ajak anak-anak kecil ni bergambar bersama… So sweet…

Okey, lunch time. Nasi Beriyani atau Nasi Tomato T tak berapa pasti. Lebih kuranglah. Tapi sedap kot. Sebab habis budak-budak ni makan. Lapar sangat agaknya! Bagi depa makan kenyang-kenyang dulu baru kami ibu bapa ke Kantin untuk jamuan makan tengah hari.

Lunch bersama trofi JOHAN ini amatlah mengenyangkan sekali yer! Nasi pun sedap. Alhamdulillah, kenyang…

Di dalam bas. Adib pun naik bas yang sama untuk pulang ke Temerloh. Manakala T dan Mr. Hubby pulang menaiki kereta kami.

Guru Besar sedang menanti di sekolah. Dia pergi menonton persembahan budak-budak ni semalam. Hari ni dia di sekolah bersama guru-guru yang lain membuat persiapan untuk sambutan Hari Guru pula. Kepulangan kami disambut dengan bunyi paluan kompang…. Pak klepung klepung klepak!

Di sekolah. Sebahagian dah balik ke rumah. Tengoklah muka penat tetapi happy mereka yang comel belaka ni!

KARNIVAL BAHASA INGGERIS -part 1-

19 May

Assalamualaikum…

14052011, T, Mr. Hubby dan Adib ke Pekan untuk menyaksikan persembahan Action Song Nur & The Gang di Sek. Keb. Pekan Jaya. Dua jam dari Temerloh sampailah kami di Pekan. Mula-mula kami singgah di homestay yangĀ  telah T booking sehari sebelumnya iaitu di Homestay Pekan Pahang di Taman Mentiga Jaya. Rumah teres setingkat 3 bilik. RM150 untuk satu malam. Ini ada link homestay :- http://homestaypekanpahang.blogspot.com/

Adib di dalam bilik pertama. Bilik T dan Mr. Hubby. Bilik ni ada aircond.

Ini bilik tidur yang ke 2. Bilik tidur Adib si anak bujang.

Ini bilik nombor 3. Tak tidur di dalam bilik ni pun.

Di dapur. Tapi dia tak sediakan dapur untuk memasak. Cuma disediakan Gula dan Teh. Okeylah tu. Tujuan kami datang bukan untuk memasak pun.

Ruang tamu di dalam homestay ini. Sangat luas dan selesa. Lapang sekali. Tak sesak dengan perabot bagai. Puas hatilah kiranya. So, sape-sape yang berkemungkinan ada kerja atau nak bercuti bagai, T rekomenkan homestay ni. By the way, T tak dapat untung pun nak iklankan homestay ni. Saja berkongsi benda baik dengan korang. Tuan rumah pun sangat baik dan peramah orangnya.

Kami tiba awal daripada rombongan anak-anak kecil ini di dewan sekolah. Mereka tinggal di Homestay Khalida di Taman Perdana. Tak jauh dari tempat bertanding. Kelihatan Nur sedang menuruni tangga bas. Ololo! Anak Ummi sangat comel sekali berpakaian seperti ini. Maklumlah sejak daripada Darjah 1 hingga sekarang, Darjah 3, Dia pakai Baju Kurung sama itu Tudung. Memang nampak lainlah apabila dia berpakaian sebegini.

Acara Action Song bermula pada pukul 3.00 petang. Giliran Sek. Keb. Jalan Bahagia adalah nombor 5 dan lihat tu, anak-anak kecil sedang beraksi di atas pentas. TANPA rasa takut dan panic! Alhamdulillah. Persembahan mereka adalah yang terbaik di sepanjang waktu latihan yang cuma mengambil masa selama 8 hari saja. Iye, 8 hari! Kami diberitahu lewat untuk menyertai pertandingan ini. Tapi, Alhamdulillah. Budak-budak dapat mempersembahkannya dengan amat baik sekali.

Kami ibu bapa dan guru-guru yang menonton di bawah berdebar-debar tak terkata. Mengharapkan mereka melakukan yang terbaik.

Rasa tak jemu menonton persembahan mereka. Sangat seronok dan kami enjoy sekali masa ini.

Wajah ceria Nur selepas persembahan. Ummi, Abah dan Abang AdibĀ sangat berbangga dengan Nur!

Usai majlis, kami mengambil kesempatan mengambil gambar anak-anak kecil ini bersama Guru Pengajar mereka, Madam Chin di atas pentas. Buat kenang-kenangan di kemudian hari.

Habis majlis pertandingan, dalam pukul 5.10 petang, baru kami makan tengahari. Pagi tadi makan Roti Canai Banjir di Temerloh. Laparnya perut sampai berbunyi-bunyi dia. Hehe…

Pulang ke rumahĀ homestay kami. Tibalah masa untuk berehat. Badan penat usah katalah. Badan minta mau rehat saja.

Sebelum balik ke homestay, kami singgah bungkus Murtabak Mengkasar ni. Satu yang special dan satu yang biasa. Minum dengan Air Mineral. Ini untuk dinner kami. Alhamdulillah. Kenyang YA ALLAH!

Sebelah malam, keluar sekejap ke Homestay Khalida di Taman Perdana. Dok jenguk keadaan Nur dan cikgu-cikgu yang menjaganya. Dekat sejam di situ dan kami pun pulang ke homestay untuk berehat. Sebelum tidur, layan Cerekarama “Sejadah Kaabah”Ā  sambil mengupload gambar-gambar Karnival Bahasa Inggeris ke Facebook. Ada kemudahan Wi-Fi di homestay ni. Cerekarama tu tak sempat tengok habis pun sebab dalam pukul 11.30 malam, T dah masuk tidur pun. Siapa yang tengok drama ni? Apa kesudahannya ye?

SELAMAT JALAN NUR

13 May

Assalamualaikum…

Pagi tadi, T dan Mr. Hubby ke sekolah anak-anak kami di Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Nak menghantar anak dara kami, Nur Nisriina Huwaidah naik bas dan terus ke Pekan, Bandar Di Raja sempena Festival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang untuk acara pertandingan Action Song. Sekolah ni pernah menang Peringkat Kebangsaan 3,4 tahun lepas. Hopefully, ada peluang untuk menang jugak kali ini. Mak Ayah mana nak doakan yang tak baik untuk anak-anak mereka, kan? Kami Ibu Bapa kepada 15 pelajar yang terpilih ini amat merasa bangga kerana dalam ramai-ramai pelajar di Tahun 3, cikgu-cikgu telah memilih mereka bagi mewakili sekolah ini. Kesempatan yang ada T gunakan untuk berbual-bual bersama para Ibu. Mereka juga mengharapkan yang sama. Yang terbaik buat anak-anak mereka. Kami tak desak mereka untuk menang. Cukup dijadikan pengalaman untuk mereka kenang bila mereka dewasa nanti. Desak-desak mintak menang tak boleh juga. Hakim yang bijaksana yang akan menentukannya. Cuma kami tetap mendoakan kejayaan mereka. Insya Allah.

Nur dan kawan baiknya, Fatini. Dah bersedia nak naik bas dah… Good Luck girls!

Ramai Ibu Bapa yang datang menghantar anak-anak mereka hari ni. Budak-budak rasa happy sangat sebab mendapat sokongan daripada kami. Cikgu-cikgu pun ramai yang menghantar di pagar sekolah. Doa dan harapan kami, mahu melihat si kecil berjaya di sana. Amin. Insya Allah.

Her Abah datang jugak nak menghantarnya walaupun cuma di dalam bas… Dan terus bergegas ke KL. Ada kerja di sana pulak.

Nur di dalam bas… Selamat Jalan Sayang… Siap bagi isyarat I LOVE YOU pada T tadi… Call dia pun dia kata Nur sedih. Mana tak, kami tak pernah berpisah walau ke mana-mana. Sentiasa bersama. Ini pengalaman pertama. Harap dia boleh biasakan diri. Sayang anak Ummi sayang.