Archive | TIDUR HOTEL RSS feed for this section

CORUS PARADISE, PD

4 Jul

Assalamualaikum…

26062011

Kami stay kat hotel ni sebab nak menghadiri Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di Glory Beach Resort, PD esok. Nur ada mengambil bahagian di dalam Pertandingan Action Song yang mana sekolahnya, Sek. Keb. Jalan Bahagia Temerloh mewakili negeri Pahang. Telah banyak kali kami stay di Corus tetapi sebelum ni kami mengambil bilik jenis apartment kerana pergi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Kali ini kami mengambil bilik yang sesuai untuk kami 3 beranak saja. Nur bersama kawan-kawan dan guru-gurunya tidur di Glory Beach Resort.

Emy Omar, sahabat baik T, telah sudi datang dari Masjid Tanah untuk berjumpa dengan T di hotel. Tq so much my dear! Sudi datang berjumpa Ruzi walau sekejap cuma. Ruzi amat-amat menghargai kedatangan Emy & Co.

Selepas berbual dan mengambil gambar bersama Emy, T melayan anak bujang T ni pulak untuk mandi di kolam. Seluar mandi lupa pulak nak bawa. T belikan saja di kedai di lobi hotel. Dia kata air kolam sejuk. T tak mandi. Duduk ambil gambar di tepi kolam saja.

Emy bawa buah tangan untuk T. Apam Polkadot tu sedap! Ada inti cair di dalamnya. Laju je kami 3 beranak dok makan dalam bilik. Novel pemberian Emy tu pun sudah habis T baca. Sedap jalan ceritanya. Betapa derita sebelum merasa bahagia. Simpati kepada watak utama. Dan ye, Matahari Cerah Lagi. Bahagia menanti di penghujung cerita.

kami keluar dinner di Restoran Berkat depan Rumah Zaitun yang besar tu. Aduh! Rasa makanan semuanya masin! Kenapalah begitu sekali rasanya. Sorry ye? I tak mahu masuk kedai u ni lagi lepas ni! Titik!

Ikan Siakap Stim yang sampainya masa nasi kami dah nak habis pun. Ratah ajelah. Rasa masin jugak. Aduh!

27062011

Breakfats time. Rasa makanan kira oklah. Boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Tunggu Mr. Hubby check out bilik. Kami check out awal. Dalam pukul 8.30 pagi gitu sebab nak gerak ke Glory Beach Resort pula.

Bye Corus Paradise. Panjang umur ada masa kami datang lagi!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

Advertisements

RANTING BEACH RESORT

11 Jun

Assalamualaikum…

Setelah hampir 2 jam memandu dari Gambang Water Park, Mr. Hubby berhenti di sini. Ranting Beach Resort di Cherating. Kami bermalam di sini dan Mr. Hubby telah menyewa satu bilik family, ada 2 katil. Cukuplah untuk kami 2 keluarga. Kalau tak silap T, nama resort ini adalah Rhona Pippin. Pernah stay di sini dahulu pada tahun 2002. Masa tu T mengandungkan Nur baru 2 bulan. Adib pulak baru setahun lebih. Terimbau kenangan lama pulak T dibuatnya!

Di dalam bilik kami.

Kami kemudiannya keluar makan di sebuah kedai makan ni. Macam biasalah, semua kedai makan penuh. Nak-nak cuti sekolah begini. Dan benda yang kami nak elakkan daripada berlaku, berlaku jugak akhirnya. Makanan lambat. Dekat sejam menunggu barulah makanan tiba. Itupun kami dok tanya-tanya, “Mana makanan ni dik”? Huh! Dahlah perut lapar… Makanan sampai lambat pulak… Memanglah kedai ni aku takkan jejak sampai bila-bila. Oh ya! Nama kedai ni ialah Restoran Seri Mahligai. ~mata ke atas, dada di tangan~

04062011

Awal pagi T bangun dan selepas bersolat Subuh, lepak duduk di depan balkoni bilik. Lepak sambil baca buku by Dr. H.M. Tuah Iskandar Al-Haj, Cipta Syurga Hati. Then B ajak keluar bersarapan di luar. Bilik kami tak disediakan sekali dengan breakfast. So, kami bersarapan dulu di kedai makan dan kemudian bungkuskan makanan untuk yang berada di dalam bilik pula. Semua rasa makanan di sini sedap. Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Nasi Campur, Lempeng Cicah Kelapa. Alhamdulillah. Rasa makanan yang sedap dan kedai pun berdekatan bilik kami saja.

Bilik kami adalah yang di tengah-tengah itu. Suka gambar ni.

Main bola jom!

Dan jom mandi, jom!

Ecececececece…

View dari bilik kami. Pukul 10.00 pagi dah start panas. Sempatlah mandi dalam sejam lebih gitu.

Sebelum check out, kami layan makan Roti Ice-Cream. Kali ni rasanya lagi sedap daripada yang kami beli semalam di Gambang Water Park. Rotinya pun lagi besar sizenya dari yang kami makan semalam.

Selepas check out dari bilik, kami ke destinasi seterusnya. Ke mana? Adalah. Next entry ye? Love, Love, Love You!

KEMBARA UTARA (kembara ah sangat!)

1 Jun

Assalamualaikum…

27052011

Kami bercuti ke Pulau Pinang. Gambar di bawah menunjukkan Mr. Darling Hubby, anak-anak jugak adik lelaki T, Eidi sedang menjamu selera bekalan yang T bawa dari rumah. T masak Gulai Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang, Kari Ayam (tanpa Santan), Ikan Talapia Goreng, Ikan Masin Gelama, Budu, Timun Batang dan jugak Air Masak Beyond Zhulian. Kami berhenti makan dalam pukul 4.00 petang di Tg. Malim. Kat sini ada orang jual Jajan saja. Tak de orang jual nasi lauk-pauk bagai. So, ramai yang menoleh memandang ke arah kami apabila mereka nak gerak ke tandas yang terletak berhampiran. Kami khusyok dok pulun makan. Perut dah lapar sangat-sangat.

Sampai di Penang Paradise Sandy Beach Resort pada pukul 8.00 malam. Darling Hubby terus renew member cardnya di sini. Termasuk yang ini, sudah 5 kali kami stay di hotel ni jika datang ke Penang. Syurga, Heaven, itulah Paradise…

Selepas check in bilik, kami terus menuju ke Gaya’s untuk menikmati makan malam kami yang telah ditempah sebelumnya. Makan besar kami malam ni. Nak makan apa? Sila ambil saja. Nak minum apa? Jemput-jemput, sila tambah… Janganlah malus-malus yer? Ngeee…

Okey, kenyang perut dan ambik bagasi kami, kami masuk ke dalam bilik bilik pula. Jika 4 kali sebelum ini, kami dapat bilik mengadap ke Hotel Flamingo, kali ini kami dapat bilik mengadap ke sebelah kanan pula. Lainlah sikit viewnya. Hilang penat tatkala usai mandi dan bersolat jamak. Tunggu family Kakak dan Emak T datang ke bilik kami. Mereka dari Kulim. T ajak datang tidur di dalam bilik kami. Riuh-rendah suasana apabila kami bertemu. Kecoh habis!

28052011

Dekat pantai di depan kawasan hotel. Memang setiap kali ambik bilik hotel yang berdekatan laut, selepas Subuh kami turun ke laut. Ambil angin pantai yang segar. Tengoklah aksi mak dok merenung pantai. Mak suka suasana pantai. Tenang. Damai.

Breakfast time. T makan bersama Emak T. Yang lain-lain Mr. Darling belikan Nasi Lemak dan jugak Laksa Penang. Makan di dalam bilik saja. Selepas makan, sempat Kakak T buat rawatan resdung dan melakukan facial kepada T. Rasa segar kulit wajah yang kusam ini.

Selepas check out bilik, kami lunch dulu di hotel. Family Kakak dan Emak ke Kulim. Ada kenduri kahwin. Manakala kami selepas lunch, terus ke hotel untuk kami diami malam ini.

Hotel EQ Feringghi di Batu Feringghi. Darling Hubby ambik 2 bilik jenis begini. Semua hotel di Penang dah penuh dan ini saja yang ada tinggal masa kami dok survey bilik via internet 2,3 hari lepas. Malam nanti baru Family Kakak dan Emak datang ke hotel. Kami bawak masuk semua bagasi ke dalam bilik. So, kereta tak berat sangat nak round Penang nanti 😀

Seterusnya kami ke Bukit Bendera. Seingat T naik train Bukit Bendera tahun 2007 yang lalu. Lepas tu setiap kali datang asyik ditutup saja atau terlampau ramai orang. So, kali ni, q tak panjang sangat. Lega rasa di hati. Q sekejap terus dapat tiket. Kami ambil Family Pakej, RM18, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Itu kalau ditunjukkan My Kad. Jika tak tunjuk My Kad bayarannya adalah sebanyak RM70. Di sini T terpandangkan seorang perempuan ni. T terus kata dalam hati, “macam muka Azie kawan sekolah aku”! Saat dia terpandangkan T, terus dia tersenyum so itu menandakan T tidak tersalah orang! Ha! Terus salam pelok kiss-kiss dan ambik gambar. Dia dan familynya pun nak naik train ke puncak. Bercakap pasal train. Ini adalah train yang baru. Merempit laju ia ke puncak. 6 minit saja sudah sampai di puncak bukit sana. Dalam hati mak takut-takut gak. Nak-nak masa nak turun tu. Huish! Sabar ajelah!

Bila di puncak ini, maka wajiblah kita berposing ye wahai kakak abang!

Dekat sejam setengah kami di Bukit Bendera, kami ke Queensbay pulak. Plan nak jumpa kawan, tapi tak jadi so kami sekejap saja di sini. Dalam setengah jam gitu dok berjalan, Hubby ajak kami ke Padang Kota. Makan Pasembor! Jom!

Okey, kami singgah makan di Padang Kota. T order Pasembor, Sotong Bakar, Sotong Kangkung, Kerang Bakar dan Air. Masa ni semua tempat duduk boleh dikatakan penuh. Orang ramai betul. Lepas makan, terus pulang ke hotel. Tak berhenti ambik gambar pun di Padang Kota sebab tahun lepas dan berposing bagai kat situ. Hari pun dah nak dekat gelap, sekitar jam 6.40 petang.

Sampai ke bilik, mandi dan Solat Jamak Maghrib dan Isyak, kami ke Feringghi Night Market. Adalah hampir 2 jam dok berjalan-jalan di sini. Sempatlah shopping barang serba-sedikit. Oh! FM wajib dibeli. Borong jugak buat buah tangan untuk kawan-kawan.

Dinner kami sekitar jam 11.22 malam. Perut tak lapar sangat pun. Kenyang makan Pasembor tadi. Makan nasi sikit. Tumpang lauk Darling, Sambal Puyuh. Sedap! Kedai orang Siam Pattani. Dekat dengan hotel kami. Satu bangunan saja dengan hotel ni.

29052011

Check out dari bilik dan kami ke Restoran Khalil yang terletak berdekatan hotel.

T order Roti Sardine, Teh Tarik dan jugak Telur Kampung Separuh Masak. Yummy!

OK. Kami gerak ke KOMTAR manakala Family Kakak dan Emak balik ke Kulim. Cari barang sikit di sini.

Adalah hampir 2 jami kami dok shopping di KOMTAR. Tiba masa untuk pulang ke Pahang. Bye Penang!

Kami singgah makan di Changkat Jering. Ini Mee Udang Special di Restoran Nur Zetty. First time makan di sini. Rasa meenya biasa-biasa aje. Cuma Udangnya besar dan fresh! Tekak terasa-rasa nak makan Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. May be next time kot baru singgah. Takut terlewat kalau nak ke Kuala Sepetang tu.

Kami singgah di R&R Tapah. Beli Buah Jambu Batu, Rendang Tok dan jugak Lemang. Ambik masa sikit di sini sebab nak berjalan tersekat-sekat. Orang ramai. Selepas menghantar adik T di Batang Kali, kami singgah dinner di Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Bukan nak promote, tapi nak kondem! Rasa Ikan Bakar entahlah rasa apa-apa entah dan di dalam Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak tu ada rambut. Yakh! Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM85. Memang tak berbaloi langsung! Makan sedap tapi bayar mahal tak kisahlah tu. Ini tidak! Dahlah pekerjanya semua Mat Bangla. Huish! Sumpah! Aku tak masuk makan kat kedai ni dah! Sorry Eh!

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

7 May

01052011

Dari Tune Hotel Danga Bay, kami menaiki bas sekitar jam 8.00 pagi (waktu pada tiket adalah pada 7.30 pagi, biasalah janji Orang Melayu, kan? Macamlah tak biasa pulak…..) Kami tiba di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk pemeriksaan Imegresen pada pukul 8.20 pagi. Kemudian terus gerak ke Woodlands. Dekat sini kena beratur lama sebab ramai yang nak masuk ke Singapore jugak. Alhamdulillah, semua urusan selesai sekitar jam 9.15 pagi dan gerak masuk ke Singapore dalam pukul 9.30 pagi sebab menantikan penumpang yang lain. Okey, masa ni T dok call sahabat pena T yang tak pernah berjumpa semenjak kami berkawan ketika masing-masing berumur 13 tahun lagi. Tapi selalu dok menelefon dan “jumpa” di Facebook bagai. Janji nak berjumpa dengannya di USS hari ni. Kami tiba di USS pada pukul 10.10 pagi dan Masya Allah! Ramainya umat manusia! Nasib baik cuma beratur sekejap saja, sekitar 10 minit gitu. Terus masuk ke toilet dan lagi sekali, Masya Allah. Tak ada air nak basuh toooot.. toooot itu.. Hahaha.. Jangan panic.. Jangan panic.. Tisu ada banyak. Tips tu. Lain kali masuk toilet bawak air dalam botol mineral tu ke kan?.. Untuk sessi basuh-membasuh okes? Ngeeeee…

Okey, dah keluar toilet maka bermulalah perjalanan kami di USS. Manusia punya ramai tok sahlah kau nak kira. Biasalah tu. Cuti umum. Bukan kita jer yang plan nak berjalan, orang laen pun sama gak. Cuaca mendung dan sesekali hujan rintik-rintik.. Air bergelombang.. Hehe.. Tapi kami semua tak kisah. Dok redah jer jalan. Memang tak panas langsung dan berjalan pun tak penat sehingga badan berpeluh. Kat obersila katakan.. HaHa! Tak de maknanya setakat Singapore tu nak dipanggil obersikan? HaHa…. Dan kalau untuk bergambar bersama maskot seperti gambar-gambar di bawah, kena beratur ok? Orang ramai so kena bergilir-gilir. Ada gak yang tak reti bahasa. Main redah potong q. Memang potong stim betol!

Inilah dia gambar-gambarnya. Beberapa karekter dalam filem yang popular. Tak tahulah dalam tu lelaki ke perempuan ke, mak pakai pelok ajer.. Hish.. Hish… Hish…

Di sini kita ada Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York. Kami masuk ke USS pada pukul 10.28 pagi dan keluar pada pukul 7.12 malam. Penat? Penat tak terasa sebab teruja dok dalam USS. Terasa penatnya masa dah sampai ke bilik hotel. Nak tercabut tulang-tulang ni rasanya. Mana taknya, tu roller coaster Battlestar Galactica Human, Red Track T pun dok pulun naik gak. Memang seronok walau ada rasa takutnya. Berani-berani takut gitu. Alhamdulillah, I’m still alive! Cuma di The Lost World, Water World, kami tak masuk begitu jugak permainan di Ancient Egypt. Lalu ambik gambar gitu jer. Next time, hopefullylah.. Kalau ada orang tu nak bawak kita lagi, kan? Tapi dok dengar-dengar dia plan nak bawak kita p Sentosa Island pulak. Aha! Just wait and see ya?!! Okeylah, sebelum mengakhiri cherita kali ini, T sertakan jugak sekeping gambar T bersama sahabat pena T yang T bagitahu nak jumpa dia di awal cherita ni tadi. Finally, dapat berjumpa sahabat T, Siti Juana Saini bersama emak, suami, Rahim dan anaknya, Ishraf. Terima kasih banyak-banyak Juana. Sudi datang jumpa Wati walau sekejap. T tak dapat nak call dia sebab tak roaming handphone. Masa kat Woodlands memang dapat signalnya. Cari public phone tak berjumpalah pulak. Ada dekat 15 kali Juana call me sebab nak berjumpa dengan T jugak. Adoi! So sorry dear! Memang rasa nak menangis sangat dah sebab takut tak dapat peluang nak jumpa u. Alih-alih masa nak keluar dari USS tu, dia muncul di hadapan T dan terus diam tak terkata. Terus peluk cium dia sambil menangis. Mujur dia datang walau tak dapat nak call me sekalipun. Dia tunggu Wati daripada pukul 5.30 petang lagi. Masa tu kami tengah dok makan-minum kat Friar’s, Far Far Away. Ya Allah, kalau tahu Wati keluar awal dan berjumpa dengan u dulu my dear. Tapi Alhamdulillah. Dapat bertemu dan berborak walaupun sekejap. Siap bagi hadiah untuk Wati bawak balik ke Pahang lagi.. Terima kasih banyak-banyak. Wati tahu ucapan Terima Kasih Wati tak memadai dengan apa yang telah Juana lakukan. Sayang kamu ketat-ketat sahabatku aka my sister!! Love you.. Harap persahabatan kita kekal buat selama-lamanya. Amin.

Okey, urusan balik ke JB berjalan lancar dan pada pukul 9.50 malam. Trafik lancar, tak jem bagai disangka. Urusan di Imegresen pun Alhamdulillah. Nak pegi Singapore lagi.. Nak pegi Singapore lagi..

Sebelum balik ke bilik, kami dinner di Restoran My Friend di Kempas. Sekitar jam 12.10 tengah malam sampai ke bilik. Penat tak terkata sampai T mahu menamatkan kata-kata T.. Sampai di sini saja… Jumpa next entry ok? Terima Kasih.

>MELAKA – JB

6 May

>Assalamualaikum

Okey, pagi ini 300411 setelah bersiap-siap dan daftar keluar bilik hotel, Hallmark Leisure, kami bersarapan bersama-sama sekitar jam 8.40 pagi.


Budget hotel, sekitar RM80 untuk satu malam. Tapi puas hati sebab barang-barang dalam bilik masih baru. Air pancuran dalam bilik air pun sangat selesa sebab ia berbentuk bulat lebar. Syok mak dok mandi.. Ngeeee…..

Kemudian kami singgah di Mc’D di Dataran Pahlawan. Tapau Family Breakfast Box Set B untuk dibuat bekal dalam perjalanan kami ke Johor Bahru. Harganya RM26 something. Dari Melaka pukul 9.14 dan kami sampai di JB dua jam selepas itu. Alhamdulillah. Hampir 3 tahun tak datang ke JB. Hari ini Alhamdulillah. Sampai jugak buat kesekian kalinya.


Kami terus ke Tune Hotel di Danga Bay untuk check-in bilik. Yup! Bilik dah booking untuk 2 malam seterusnya. Untuk satu malam harganya sekitar RM70 tak ditambah caj tax jugak towels dan alatan mandi. Dan kemudian kami ke ejen menjual tiket bas untuk ke Universal Studios Singapore esok hari. Harga tiket untuk dewasa sekitar RM53.00 dan untuk kanak-kanak sekitar RM25.00. Juga kami diberikan “white form” untuk diisi sebelum masuk ke Singapore. White form tu diberikan secara percuma sahaja.


Kami tak terus masuk bilik, kami terus pergi lunch sekitar pukul 1.00 tengahari di Restoran Singgah Selalu. Restoran yang wajib kami singgah sekiranya kami bercuti ke JB. Disarankan untuk kamu semua juga yang berhajat bercuti ke JB jika berkesempatan. Amat dialu-alukan. Untuk lunch ini kami dikenakan harga sekitar RM48.00.


Kemudian, kami terus gerak ke City Square pulak. Cari apa-apa yang patut. Dah dapat yang berkenan di hati, kami pun terus masuk ke bilik di Tune Hotel.


Standardlah bilik di Tune Hotel, kecil dan comel saja deconya. Simple dan murah. Cukuplah untuk kami rehat dan tidur selama 2 malam.


Okey, sekitar 6.30 petang, kami keluar ke The Zon, Stulang salah satu lagi tempat yang wajib kami kunjungi jika ke JB. Cari apa di sini? Adalah dapat 2,3 barang keperluan. Cukuplah tu. Kalau nak ikut hati, dengan tempat shopping tu sekali aku bawak balik.. Gagaga… Sengal ko!


Untuk dinner sekitar jam 9.00 malam, di port biasa kami, Restoran Zorro. Dekat je dengan The Zon. Dok makan Otak-Otak yang masih panas dan jugak pekena Mee Hoon Sup + Limau Nipis Suam. Untuk dinner kami dicaj sebanyak RM44. Sambil makan dok tengok rancangan Majalah 3 berkaitan isu Ikan Patin di Temerloh. Bangga mak tempat mak masuk tibi! Aha!


Balik ke bilik sekitar 10.3o malam, dok pulun isi “white form” dan terus sediakan pasport kami 3 beranak. Dan dalam pukul 11.30 malam dah mula masuk tidur. Night-Night!


Ini duit yang ditukar oleh Mr. Hubby tadi. 500 Dollars Singapore bersamaan dengan RM1014. Tak berhajat nak shopping di sana. Jalan-jalan cuci mata saja. Itu sudah memadai.

>TERENGGANU – MELAKA

5 May

>








Jumaat lepas, 290411, Adib ikut rombongan sekolahnya ke Terengganu manakala kami & dua orang staff Hubby ke Melaka. Seterusnya ke Johor Bahru & Universal Studios Singapore. Dari Temerloh pukul 4.00 petang & sampai di Alor Gajah pada pukul 8.00 malam. Kami terus dinner di Restoran Hajjah Mona Asam Pedas di Taman Kota Laksamana & kemudiannya terus masuk ke bilik kami di Hotel Hallmark yang terletak berdekatan dengan Jonker Walk. Dalam 10.30 malam dah masuk tidur. Penat & sangat-sangat mengantuk.

>BUKIT GAMBANG RESORT CITY

13 Mar

>Assalamualaikum…..

Big Boss buat Family Day lagi! Kalau sebelum ni kami ke A Famosa Resort Melaka (2006), Tiara Beach Resort PD (2007), Pulau Tioman (2008), PNB Ilham Resort PD & Bandung (2009), Pulau Pangkor (2010) dan untuk tahun ini kami dibawa ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Tidur satu malam saja dan Mr. Hubby janji bawa kami bercuti ke tempat lain pula next time! Keep ur promise ok my darling? :-p

12311

Masa ni baru sampai di Bukit Gambang Water Park. Dalam pukul 11.00 pagi. Ambik gambar kat area depan ni dan teros masuk ke dalamnya. Mandi puas-puas!!

Anak dara T, ecey cey cey cey….

Tq pada Mr. Hubby yang dok ambik gambar-gambar kami ketika mandi kat sini!

Kalau sebelum ni, http://watiyusof.blogspot.com/2010/11/terkilan.html Mr. Hubby tak izinkan aku main game ni. Tapi kali ni hati tak tertahan lagi! Tak kira, bagi ke tak nak main game ni gak!! Haha! Sampai ke sudah dia cuak je nak lepaskan aku naik bukit dan turun meluncur laju guna carpet biru tu. Syiok ah! Badan naik melambung (walaupun aku ni dalam kategori “obes”, haha, tapi masih boleh body aku melambung naik gitu… ngeeeee).. Memang syiok main game ni. Korang kalau datang sini, make sure main game ni ye? Kat Melaka Wonderland hari tu aku dah pernah main gak.. Rasa kat Sunway Lagoon pun ada ni.. Next time boleh try main kat sana pulak.. Kan B? :-p


Then sambung main dan mandi lagi…

Budak kat belakang tu mintak ngan aku… “Auntie, tolong! tolong, nak keluar daripada pelampung. Kaki tak sampai”! 🙂

My darling!


6 Lane Racer! Syiok! Rugi korang tak try kalau datang sini!!..


@ Coco Beach with Mr. Hubby’s staff


Lunch time.. Me dan darling makan Nasi Ayam….


Sambung mandi lagi selepas makan..

Setelah semua penat mandi-manda, kami check-in masuk ke dalam bilik dalam pukul 3.30 petang.. Ni view dari bilik kami…


Dinner kami.. Me dan Mr. Hubby g tapau kat Restoran Chilli Tom Yam.. Kami order Ikan Siakap 3 Rasa, Ikan Pari Bakar, Sotong Bakar, Tom Yam Campur, Sup Ayam, Sotong Celup Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Jugak kami beli Somtam, Sata dan jugak Keropok Lekor Goreng. Alhamdulillah. Kenyang kami makan. Selepas makan yang lain-lain keluar tengok Magic Show dan main permainan lain. T dan Mr. Hubby dah malas keluar. Kami berdua dok tengok tv je dalam bilik. Layan Cerekarama “Berkalung Noda”. Sambil tengok drama, sambil pegang tangan Mr. Hubby. Takutnya tengok drama watak isteri curang kepada suami gitu. Ya Allah! Jauhkanlah!! Entah macam mana aku boleh agak Hitler Zami yang arahkan drama ini dan YES! Memang dia pun orangnya! Dia memang selesa dok ambik si Fasha Sandha berlakon di bawah arahannya. Tahniah kepada Hitler Zami. Buat cerita begini. Biar menjadi pedoman dan pengajaran buat isteri-isteri di luar sana! Setialah kepada suami yang satu. Jangan sesekali menduakan dia. Berdosa dan haram hukumnya!

13311

Sarapan. Orang ramai betul bercuti di sini. Ramai jugak yang buat family day. Tapi makanan banyak dan mencukupi.. Rasa makanan semuanya sedap..

Di dalam salah satu bilik kat resort ni..

Nak mandi? Jom!


Masa ni dah check out bilik dan hujan renyai sekejap…


Lunch di Teluk Cempedak. Menu Nasi Kukus + Ayam Dara. Mr. Hubby makan Nasi Kukus + Pari Bakar dan me, Nasi Kukus + Ikan Siakap Bakar. Sedap! Memang aku suggest korang datang makan kat sini..

Lepak kat sini jap selepas makan.. Dok melayan monyet-monyet kat sini. Aksi mereka sungguh mencuit hati!

Anak-anak monyet ni sangatlah cute!


Kat sini kawasan orang dok main basikal.. Gempak je dok tengok depa naik basikal naik kat jambatan kayu kecil ni.. Aku suka suasana kat sini.. Korang suka jugak tak? 🙂

Mengakhiri percutian ini, Mr. Hubby bawa kami makan di Kedai Pok Su & Mok Su di Tanjung Lumpur. Kedai kat sini sentiasa penuh ok? Kereta nak parking pun payah tapi mungkin dah rezeki kami, ada parking depan kedai dan meja kosong jugak. TANPA perasaan malu T g mintak pulak kerusi kat meja-meja lain. Menu kat sini ada macam-macam ok? Sotong, Udang, Ikan Goreng dicicah sos sememangnya amat sedap sekali. Semuanya manis dan fresh! Promote free ok? Sharing is caring right? 🙂

Hari ni baru terasa badan sakit-sakit. Mesti sebab kuat mandi di Bukit Gambang Water Park semalam. Tapi tak rasa serik pun tau! Ini bukan kunjungan kami yang terakhir. Itu kami pasti! Nanti nak pergi lagi. Insya Allah. Dah. Good Night. Masuk tidur dulu ye? Sweet dreams…